Muang Krabi, Thailand


Muang Krabi, Thailand


Kami sekeluarga suka berjalan-jalan serta melihat tempat-tempat menarik. Lokasi yang kami pergi ialah Muang Krabi, Thailand. Bulan Jun 2011 yang lepas, kami sekeluarga dah pergi ke sana bersama-sama dengan rakan di Kolej Komuniti Sabak Bernam, tetapi nasib tidak berapa baik kerana pada bulan Jun 2011, Laut Andaman bergelora. Kami tidak dapat pergi melihat pulau-pulau disekitar Krabi kerana keadaan laut tersebut.
 Jadi pada kali ini, kami pergi lagi sekali kerana pada bulan 23 Oktober 2011 sehingga 25 Oktober. Dengan berbekalkan duit Ringgit Malaysia yang tidak sampai seribu, Alhamdulillah, kami selamat pergi dan kembali.